Aku pun sebelum ni memang cukup liat nak pegi kenduri kahwin. Mak aku punyalah beriya-iya siap paksa-paksa aku pergi kenduri, tapi aku punya malas memang tak ada sape yang boleh gerak.
Kadang-kadang mak aku siap gertak aku lagi, "ko kalau malas nak pegi kenduri kahwin orang, nanti time ko kawin tak ada sape yang nak datang baru ko tau.."
Mak aku tu, kalau bab-bab gertak orang memang power. So nak tak nak, aku pun kena la pegi. Tak mau aku kena cap sebagai anak derhaka. Dosa lain tu ok lagi, dosa sebagai anak derhaka ni berat sikit.
Aku perasan, sebenarnya pi kenduri kahwin ni pun BEST wooooooooooooooo sebenarnya ha ha. Meh aku story kat korang, apa benda yang aku rasa best bila pi kenduri kahwin ni.
1. Ramai awek yang cun melecun dress up lawa-lawa
Time ni la kalau ko nak tengok awek depan rumah ko, awek hujung kampung, hatta jiran dua tiga rumah depan ko nak pakai pakaian yang lawa-lawa. Orang pompuan ni sebenarnya kalau ko bukak almari diorang ni, diorang ada banyak baju yang lawa-lawa.
Tapi masalahnya satu je, diorang ada lagi banyak baju berbanding tempat-tempat yang sesuai untuk diorang pakai baju-baju yang cun melecun tu. Kalau nak tunggu raya, lama lagi. Pastu raya pula setahun sekali, takkan nak tunggu lelama macam ni. jadi, salah satu tempat untuk diorang memperagakan koleksi pakaian diorang ni ialah time kenduri kahwin macam ni la.
2. Boleh jumpa kawan-kawan lama yang sekarang ni mungkin dah nampak lain
Ha ha aku rasa aku antara yang masih maintain dari dulu sampai sekarang. Walaupun berat aku ada naik sikit, tapi dari segi rupa, masih lagi tak banyak beza berbanding masa zaman sekolah dulu.
Kalau yang laki mungkin la tak nampak sangat perbezaan tu, tapi kalau yang pompuan memang kena siap sedia r.. kalau tak jaga badan memang senang naik badan ni. Lagi bertambah umur lagi senang badan ni nak naik kot... aku agak la.
3. Boleh kenal-kenal dengan famili tuan rumah
Ha... masa ni la segala sanak saudara, sepupu sepapat tuan rumah nak berkumpul. Logik dia macam ni, simple je. Kalau yang kawin tu cun, konfirm sedara-sedara dia pun cun-cun jugak.
Benda ni aku peratikan dah lama dah. kalau pengantin pompuan cun, sedara-sedara dia pun majoriti cun-cun semua.
Korang tak percaya? Mesti korang ni jenis yang tak pernah nak datang kenduri ni kan
Ni mungkin makcik-makcik atau sepupu
Tetap masih cun walaupun mungkin lebih berusia dari aku. Kadang-kadang aku peratikan, yang dah kawin ni lagi cun dari yang masih belum kawin. Kenapa entah...
4. Boleh jumpa mak pengantin yang lagi cun dari pengantin tu haha
Yessza... kadang-kadang tu mak pengantin lagi cun. Aku pun pening jugak kadang-kadang haha
5. Ada budak-budak baru nak up tak berapa pandai nak dress up
Budak-budak ni pun satu hal. Mana-mana tempat, ada je yang macam ni. Dressing pelik-pelik sikit. Sama ada ni fesyen baru, ataupun dia memang dress up ikut suka hati dia je.
Entah la.
Aku layankan je
6. Boleh jumpa skandal lama atau kekasih lama
Kalau dah jodoh, tak kemana haha.
Pernah jugak sebelum ni aku terjumpa balik awek yang kau crush masa zaman-zaman sekolah dulu. Awek yang pernah aku ajak gaduh time kecik-kecik dulu. Awek yang dulu aku ejek-ejek tapi sekarang dah lawa gilerr... haha cuma aku tak pasti la pulak, kalau aku ajak kapel dorang ni nak ke tak.
Apa pun, masa kenduri kawin ni la korang boleh tengok awek. Tak perlu susah payah nak pegi jauh-jauh atau nak kena tunggu hari raya baru dapat tengok awek cun dress up dengan baju baru dan lawa-lawa ni. Pi je kenduri. Datang awal, dan pastikan bawak kamera haha kalau korang dapat pura-pura jadi cameraman lagi senang nak dekat dengan awek-awek cun ni semua. Siyes beb aku tak tipu.
"baju merah ni baju raya tahun lepas, tak sempat pakai..."
Pegi kenduri macam ni, kadang-kadang akan buatkan kaum laki rasa macam nak kawin lagi satu. Nah ni panduan untuk korang kawin lagi.
selalunya penampilan gadis melayu berhijab mnjadi ikutan sy , sblm mmluk ISLAM masa tu
ReplyDeleteYg baju purple tu dh knp mcm tu.....nak tyg pun agak² la....hahahahah....
ReplyDelete